eBay : Produk yang laris dijual di eBay mulai tahun 2009

1. Emas - Anda boleh jual apa sahaja barang yang disaluti emas seperti barang kemas, barangan antik dan jam tangan.

2. Wireless technology - Pada zaman yang serba moden sekarang ramai pengguna yang mementingkan kesenangan. Cuba buat research tentang barang-barang jenis ini. Anda boleh jual wireless bluetooth, modem wireless dan sebagainya.

3 . Bekerja di rumah - Semakin ramai orang memilih untuk menjana duit dari rumah sahaja. Maka keperluan untuk barang-barang ofis di rumah semakin tinggi. Saya tidak akan memanjakan anda dengan memberi contoh barang tapi saya akan bagi hint di sini : "Safety & Guides". Jadi, fikir-fikir lah ya !

4. DIY penjagaan kesihatan/ diagnosis / keselamatan / dan sebagainya. Sedar atau tidak ramai yang mecari produk-produk dan informasi untuk menyelesaikan masalah tanpa merujuk kepada pakar atau golongan profesional untuk menjimatkan kos perbelanjaan.

5. Barangan organik dan eco-friendly - Jangan pula terkejut barangan seperti ini laris di pasaran. Ramai pengguna mementingkan barang ini. Pertimbangkan barang-barang seperti solar panel, alat solekan dari bahan mineral dan fesyen dari bahan organik.

6. Aksesori dan Penjagaan binatang peliharaan - Kesunyian adalah faktor manusia mempunyai binatang peliharaan. Jadi barangan penjagaan dari makan minum sehinggalah ke pengebumian mempunyai market di eBay.
Ada banyak lagi sebenarnya, tapi anda boleh cuba 6 HOT Market di atas dahulu. Kreatifkan minda anda dan ambil inisiatif untuk mencari sumber-sumber barangan di atas.
Post a Comment