eBay Search

Thursday, April 2, 2009

eBay Store



SOALAN:

sy nak tny ttg ebay blh yer? sy newbie dan sy cadang nk buka store di ebay US y basic store (USD15.90). tapi, ade y cdg langgan store US premium
krn lengkap dgn selling manager pro. tp, sy pilih bacis dahulu untuk permulaan n tuk cut cost...;-p
sy bercadang, setelah hampir sebulan, sy nk tutup basic store US y sy langgan. kerana sy nk buka store d ebay msia pula.
soklan sy, adakah patut sy gunakan taktik y sy fikirkan ini?
sy cdg untuk terus langgan store m'sia shj, y basic store US tu hanya batu loncatan sy start biz ebay n kumpulkan feedback untuk 10 ke ats. then br sy layak langgan store m'sia. jd, sy hanya ingin dptkan nasihat dr ms. S.K y byk pengalaman ini...
tq in advance sekali lagi


JAWAPAN :

Salam..

Jika saudari org baru dalam dunia ebay saya nasihatkan saudari dftar store ebay basic dahulu. Langganan sebulan adalah percuma. Dalam masa sebulan itu, lakukan penjualan habis-habisan. Baguslah saudari melakukan banyak research mengenai ebay. Jadi tidak susahlah saudari memperoleh keuntungan untuk bayar balik fees ebay store bulan ke-2. Pada pandangan saya ebay store basic sudah mencukupi utk newbie seperti saudari. Bulan ke2 atau ke3 baru saudari boleh fikirkan utk melanggan selling pro manager pulak. Yurannya kalau tak silap sy USD19.95 sebulan. Tetapi sekiranya saudari sudah dapat mendapat status Powerseller, langganan Selling Manager Pro akan terus menjadi percuma. Saya yakin InsyaAllah, saudari sudah tentu mencapainya dlm masa 3 bulan !

Nasihat saya, sbg newbie tidak apa jika saudari hanya bermula dgn modal kecil-kecilan shj. Ini tindakan yg bijak dr terus memulakan dgn modal yg besar dan rugi pada akhirnya.

Mengenai akaun paypal, saya nasihatkan saudari buka 1 akaun dahulu. Masalah akaun limit ini boleh dikatakan semua pengguna akaun Premier PayPal akan menghadapinya kerana sistem Paypal dan ebay yg ketat dan sensitif. Tetapi ini akan menjadikan saudari lebih tabah dan faham selok belok akaun PayPal. Jangan risau, masalah ini kecil sahaja. Saudari pasti akan berjaya menghadapinya ! Walaupun begitu, ini tidak bermaksud saudari sudah memang akan kene akses limit, tetapi saya harap saudari bersedia menghadapi apa saja dugaan /halangan yg dtg. Apa2 masalah boleh emel kpd saya.

Untuk permulaan, saudari boleh guna vcc(virtual credit card) dahulu. Dalam pada masa yg sama bersedia dgn kad debit PB. (Jgn lupa daftarkan skali online banking). Sekiranya fund di dalam akaun paypal saudari rasanya sudah cukup utk dikeluarkan, saudari boleh 'Add Card' dan jadikan kad debit sebagai 'Main card' akaun paypal saudari. Alternatif lain, saudari tak perlu add kad PB tetapi boleh daftar di forum lowyat.net dan jual fund paypal saudari di topik forum Garage Sales.

Saya harap semua soalan saudari terjawab. Boleh emel saya jika ada lagi persoalan yg timbul. Wasalam.

Read more...

Wednesday, April 1, 2009

Akaun Paypal anda kena Access Limit?



SOALAN:


Salam
Sdr S.K, info saudara amat berguna ttg perkara diatas. account saya kene access limit hari ni. satu hari sy buntu & x boleh cocentrate keje. bila baca comment sdr kt web sifulan, sy x sabar nk e-mail sdr & bertanya tunjuk ajar dgn lebih mendalam memandangkan sdr dh lame biz ebay.
sy baru start 2 minggu. jual dvd made in china. sale cam baik je dr ebay, tp sayangnye baru2 ni ebay remove kebanyakan item sy sb violation & trade mark unathorised seller.
rasa sgt kecewa sb customer dh bayar, tp sy nk buat dropshipper x bleh sebab paypal account pun dlm mase yg sama kene access limit. disamping tu ada dak customer yg miinta refund. masalah bertimpa-timpa menyebabkan sy serik nk biz ebay & paypal.
harap sdr dapat guide sy cara nk settle problem ni. sedih rasa sebab baru sy nk keluarkan $ paypal usd 300 ke visa electron public bank tp trus kene. padahal sale saya bukan hari2.
minta tolong sgt ngan sdr. terima kasih


JAWAPAN :

Salam saudari,

Terima kasih kerana berkongsi dengan saya. Masalah saudari ini telah saya tempuhi beberapa bulan yang lalu jadi sekarang saya akan menolong saudari pulak. Jangan rasa tertekan. Perkara ini pasti akan saudari dapat tempuhi. InsyaAllah !

Sekarang saya minta saudari ambil perhatian yang penuh ya !

Pertama, CONTACT eBay !

1. Saudari boleh log in akaun ebay.com saudari. Akan ada message

According to our records, your account has violated our site policies.
We've sent a note to (emel address anda) informing you of this decision.

If you think we've made a mistake or want to appeal our decision, please contact our customer service representatives.


Anda boleh klik di bahagian biru di atas dan akan dibawa ke satu laman contact us. Klik pada bahagian, How can I reinstate my account?
Pada sidebar sebelah kanan klik pada email us.
Saudari boleh tulis begini;

"Hi. My account is suspended due to violation of eBay rules and policies. I'm a new seller and didn't know well of eBay rules and policies. Now that I know, I really hope eBay can reinstate my account as soon as posibble. Please assist me on how to reinstate my account. Do let me know when will my eBay account back to normal. Thank you."


Saudari perlu faham, tahu dan sedar menjual VCD memang senang disuspend oleh eBay, VCD dari negara China bukan lah sebenarnya ORIGINAL walaupun mereka berkata ianya original. Jika saudari sendiri membeli dan ada resit2 belian tersebut barulah saudari dapat buktikan kepada eBay bahawa ianya original. Itu lah kelemahan menjadi dropshipper. Sebetulnya eBay tidak menggalakkan penjual menggunakan servis dropshipper jadi jangan sekali2 memberitahu eBay anda menggunakan servis dropshipper ya! Langkah yang terbaik adalah mengakui kesalahan anda dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Saya ingin tanya saudari, adakah ini kali PERTAMA akaun ebay anda digantung? Jika ya, maka HARAPAN ANDA UNTUK AKAUN EBAY ANDA KEMBALI PULIH SANGAT CERAH SEKALI ! ! ! Sudahkah saudari melalui ujian VERO ? Jika eBay mengkehendaki anda menjalani ujian VERO sila lakukan secepat mungkin. Dan berhati-hati bila menjawab soalannya. Saya boleh beri semua jawapan yang betul kepada saudari jika saudari perlukan bantuan.

Tunggu jawapan dari eBay dengan perasaan yang tenang. Tak perlu gusar. Semuanya akan berjalan dengan baik. eBay akan menjawab soalan anda dalam 24jam dan dalam emel mereka akan memberitahu berapa lama akaun eBay anda akan digantung. Selalunya dalam 9 hari sahaja!

Pada hari ini jugak sila saudari buat perkara di bawah ini;

Kedua, HANTAR EMEL KEPADA SEMUA BUYER.

1. Bagaimana untuk mendapat emel buyer? Semak akaun Paypal saudari melalui Payment Received. Sila semak satu persatu akan ada emel buyer di dalam receipt pembayaran mereka. Rekod dalam buku catatan emel-emel dan nama mereka beserta barang yang dibeli.

2. Sediakan karangan dalam Word Document seperti ini;

Greetings!

My dear buyers,

We are sorry to inform you that our eBay account (ebay ID anda) is temporarily being held for a few days. However, we are still resolving this issue with eBay.

Please don't get panic. We are HONEST and RELIABLE sellers! Due to some of your complaints, our Paypal account access also has been limited. We are also trying our best to resolve this issue with Paypal.

Kindly reply me to this email (and not via eBay messaging since we can't access our eBay account) and let us know whether you want us to refund your money or would like to wait untill eBay reinstate our account. But we would like to remind you that it may take some times a week or longer to ship your item(s).

Your satisfaction matters to us. We will keep in touch with you and let you, our dear buyers, know of current situation.

You can also call us at (phone number saudari hp pun tak ape) if you need further explanation.

Thank you for your patience and understanding.

Regards,
(id ebay saudari)

Jalan yang terbaik adalah saudari perlu pulangkan wang kepada buyer saudari kerana masa yang diperlukan untuk mereka menunggu item mereka tiba mungkin memakan masa yang lama, kerana eBay dan Paypal memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk memproses appeal saudari.

Ketiga, PAYPAL

1. Log in Paypal saudari perhati pada bahagian Resolution Centre ape yang perlu dilakukan. 2. Jika Paypal minta invoice atau tracking number sila klik bahagian Help kemudian klik pada bahagian contact us pada sidebar sebelah kanan bawah.
3. Klik pada bahagian soalan seperti My account > Account Limitation
4. Tulis tajuk " Account Limitation" kemudian tulis isi begini;

Hi. I've been asked to submit my invoice and tracking number to Paypal. To be truthful, I never get to send any of the items since my account access has been limited before I could do that. Please let me know when will Paypal remove my access acount limitation. Thank you.

P/S : Emel saya jika ada barang2 yang telah saudari ship. Saudari perlu sertakan invoice.

Tunggu sehingga esok apabila saudari mendapat emel dari buyer yang mahukan refund ;

5. Log in akaun Paypal saudari, klik pada Resolution Centre dan klik pada resolve bagi setiap kes yang saudari terima.

6. Tick di bahagian ;

I haven't ship the item and want to refund money.

7. Buat satu persatu untuk setiap buyer yang mintak agar wang dapat dikembalikan.

Jika saudari mendapat emel yang tidak memuaskan dari pihak Paypal, sila call Paypal Singapore ya! Saudari mesti bersedia dengan nombor 4 digit di belakang kad kredit saudari.

**********************************************************************


Sila emel saya untuk sebarang perkembangan atau bantuan lanjut! Saya sedia membantu.

Read more...

Find S.K. at :

Education and Training Blogs - Blog Catalog Blog Directory

REPORT PERCUMA : PAYPAL LIMITED ACCOUNT ACCESS


Saya ingin memberikan anda report PERCUMA ini. Diharap ia menjadi sumber panduan yang berguna untuk eBay seller. Report yang lebih lengkap dijual dengan harga RM 9.90. Mengandungi 34 screenshot untuk pemahaman anda. Lagi info di nabieel.com/blog
Jika anda mendapati blog ini sangat berinformatif, sila penkan komen sebagai penghargaan. Selamat ber eBay !

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP