eBay Search

Thursday, March 5, 2009

Tips Menghasilkan Foto Yang Baik

1. Bersihkan dan kemaskan kawasan anda ingin mengambil foto atau anda juga boleh menggunakan backdrop.

2. Gunakan tripod untuk mengambil foto tanpa ada sebarang getaran.

3. Elakkan mengambil foto di kawasan di bawah sinaran matahari yang terik kerana ia akan menghasilkan kontrast yang tinggi. Sebaik-baiknya mengambil foto di luar di mana cuaca yang mendung adalah lebih baik.

4. Pencahayaan tidak langsung juga akan menghasilkan foto yang baik. Anda boleh guna tips ini : Letakkan objek di atas meja di tepi tingkap dan gunakan backdrop berwarna putih atau kelabu untuk tujuan ini.

5. Pastikan jarak di antara kamera dengan objek tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh.

6. Anda perlu mengambil foto yang menunjukkan kecacatan pada item itu (jika ada). Buat close-up.

7. Untuk menunjukkan saiz/dimensi, anda boleh mengambil foto sekali dengan bacaan pada pembaris atau wang syilling.

Post a Comment

Find S.K. at :

Education and Training Blogs - Blog Catalog Blog Directory

REPORT PERCUMA : PAYPAL LIMITED ACCOUNT ACCESS


Saya ingin memberikan anda report PERCUMA ini. Diharap ia menjadi sumber panduan yang berguna untuk eBay seller. Report yang lebih lengkap dijual dengan harga RM 9.90. Mengandungi 34 screenshot untuk pemahaman anda. Lagi info di nabieel.com/blog
Jika anda mendapati blog ini sangat berinformatif, sila penkan komen sebagai penghargaan. Selamat ber eBay !

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP