eBay Search

Friday, April 10, 2009

Ketahui eBay Hot Selling Products 2009

Adakah anda sekarang tengah mencari-cari produk apa untuk dijual di eBay? Dan apabila anda mendapati barang-barang seperti Wii, iPhone, iPod semakin laris di eBay adakah anda rasa "Saya patut jual barang elektronik di eBay".

Memang benar, barangan elektronik sekarang panas di eBay. Setiap minit mp3 terjual di eBay. Tetapi definisi HOT yang saya maksudkan di sini, hanya anda yang menentukan sesuatu barang itu HOT atau pun tidak.

Definisi HOT : Sesuatu produk yang anda beli dengan harga RM9 dan terjual di eBay dengan harga USD49.90---> Ini lah barangan HOT bagi anda ! Keuntungan yang sangat besar.

Tetapi anda boleh menggunakan Hot item(s) sebagai titik mula anda untuk menjual produk di eBay.

Gunakan pulse.ebay.com untuk mendapatkan beberapa list Popular Searches, beberapa eBay store terbesar, produk-produk lain yang mendapat sambutan dan seterusnya keyword-keyword yang selalu digunakan oleh pembeli eBay.

Contohnya, di homepage eBay pulse
Electronics > Batteries & Chargers





eBay pulse akan memberi maklumat;

1. 10 keyword paling banyak dicari mengikut kategori.



2. eBay store - eBay store yang mengandungi banyak produk-produk yang aktif.

3. Beberapa produk yang mempunyai watcher(s).



Apabila anda sudah mengumpul maklumat-maklumat ini, seterusnya buat kajian di eBay research tool yang lain seperti terapeak.com.

Read more...

Thursday, April 9, 2009

Masalah dengan Pembeli eBay?



Pembeli yang tidak memberi respons kepada anda.


Apa yang perlu anda lakukan ialah berikan notis peringatan kepada mereka melalui emel;
1. Setelah 2 hari lelongan eBay berakhir.
2. Sekali lagi setelah 7 hari lelongan eBay berakhir.
3. Tegaskan pada emel ketiga yang mereka perlu membayar 10 hari setelah lelongan berakhir.

Anda perlu juga beri masa kepada mereka ini kerana beberapa kemungkinan seperti;
i. family emergency
ii. masalah network atau komputer
iii. sakit

Jika selepas 10 hari, tiada apa-apa respons, maka anda boleh
1. File "unpaid item".
2. Block pembeli tersebut.
3. Relist semula barang anda itu.

Anda perlu file "unpaid item" supaya anda mendapat semula Final Value Fees secara automatik.

Read more...

Tuesday, April 7, 2009

eBay : Bagaimana hantar invoice (Discount Shipping)




SOALAN:

salam mr.S.K... mg sentiasa dirahmati dan d berkati...

sy nk tny, sy br dpt 1st sale. buyer dh byr dh. tp cemn sy nk antr invoice pd buyer sy.
1 lg soklan, cmne klo buyer beli 2 or 3 brg dlm ms y sama. sbb sy ofer discount cost shipping tuk addtnal item.
jd cemn ye? y invouve lk cemn erkkk... dh ade buyer, x tau nk wt cemn plk. tlg sy ye mr. S.K.
ok, tq in advance

JAWAPAN :

Wsalam saudari,

Alhamdulillah dan Tahniah saya ucapkan kepada saudari !

Baiklah saya cuba jawab soalan saudari yang pertama,

cemn sy nk antr invoice pd buyer sy.
Jawapan;
Ada 2 cara;
1. Apabila item saudari sudah terjual, eBay akan menghantar emel ke emel saudari. Sila check emel saudari dn klik pada emel tersebut yang mengatakan ;" Your eBay item sold". "Send Invoice".

2.Saudari juga boleh check My eBay > Sold. Pada sebelah kanan pada item saudari yang terjual ada satu box saudari boleh klik 'Send invoice' dan beberapa options lain seperti Sell Similar Item, Relist Item, Send message to buyer dan sebagainya.

Additional information ; Saudari juga boleh ke akaun Paypal saudari dan 'Request Money' dari buyer saudari.

Soalan ke2;

cmne klo buyer beli 2 or 3 brg dlm ms y sama. sbb sy ofer discount cost shipping tuk addtnal item.
Jawapan;

Seperti sy jelaskan di atas, semasa saudari send invoice pada buyer saudari, saudari boleh adjust mana2 yang patut dlm invoice saudari, seperti, cost shipping. Katakan A membeli 3 barang dr saudari maka, di page invoice, tick pada ketiga2 item yang A beli dan masukkan jumlah cost shipping yg perlu dibayar oleh A. Preview dahulu sebelum send ya !

Harap ini membantu !

Read more...

Sunday, April 5, 2009

Cara Mengelak Kerugian Akibat Listing Fees eBay



SOALAN :

Salam Mr S.K,
jika encik masih ingat,saya ada bertanyakan beberapa soalan kepada encik di website sifu lan dahulu.
Baru-baru ini,saya ada terbaca komen sesetengah ebay seller yang mengatakan mereka mempunyai
masalah dengan listing fees yang terlalu tinggi tetapi tidak dapat menjual barang mereka.boleh tak encik mengajar saya teknik yang encik pakai untuk membuat listing yang berkesan?Terima kasih kerana sudi membantu. Semoga encik berjaya selalu dalam perniagaan ini.


JAWAPAN :

Salam saudara,

Terima kasih kerana berkongsi dengan saya. Ramai yang rasa tertekan kerana eBay mengenakan pelbagai fees dan listing fees pulak yang agak tinggi. Pendapat saya, saudara boleh list barang-barang saudara yang berpotensi melalui store inventory. Listing untuk 1 barang hanya USD 0.03 dikenakan. Untuk listing jenis ini, saudara perlu mempunyai eBay store. Bagi barangan yang 'hot', (hasil kajian melalui eBay research tool), saudara boleh list menggunakan auction listing dan sesetengah barangan pulak boleh list melalui Fixed Price memandangkan eBay telah memanjangkan tempoh listing sehingga 30 hari jadi ini boleh menjimatkan kos saudara !

Pelbagaikan cara listing barangan saudara dan ini adalah cara terbaik untuk menjual di eBay dengan lebih berkesan.

Saya harap soalan saudara terjawab.

Read more...

Find S.K. at :

Education and Training Blogs - Blog Catalog Blog Directory

REPORT PERCUMA : PAYPAL LIMITED ACCOUNT ACCESS


Saya ingin memberikan anda report PERCUMA ini. Diharap ia menjadi sumber panduan yang berguna untuk eBay seller. Report yang lebih lengkap dijual dengan harga RM 9.90. Mengandungi 34 screenshot untuk pemahaman anda. Lagi info di nabieel.com/blog
Jika anda mendapati blog ini sangat berinformatif, sila penkan komen sebagai penghargaan. Selamat ber eBay !

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP